Sunday, October 24, 2010

CINTA & MENYINTAI

Aku rasa...
CINTA itu bahagia
Aku lihat...
CINTA itu sempurna
Aku sentuh...
CINTA itu nikmat
Aku pendam...
CINTA itu duka
Aku mahu...
CINTA itu kekal

Apa yang ada
CINTA untuk dicintai
dan menyintai...!

Sunday, October 17, 2010

Lelaki Tanpa Wanita vs Wanita Tanpa Lelaki.

LELAKI. . .
Jangankan lelaki biasa,Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.Tanpa mereka,hati,fikiran & perasaan lelaki akan resah.Masih mencari walaupun sudah ada segalanya.
Apa yang tidak ada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa.Pada wanitalah lelaki memanggil ibu,isteri,anak & puteri.Wanita dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.
Tapi kalau lelaki itu sendiri tidak lurus. . .??
Mana mungkin kayu yang bengkok boleh menghasilkan bayang-bayang yang lurus.Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah s.w.t.Kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah s.w.t.Didiklah mereka dengan panduan dariNya.Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka akan menjadi liar.Janganlah menghiburkan mereka dengan kecantikan kerana nantinya mereka akan menjadi semakin menderita.Yang sementara itu tidak akan dapat menyelesaikan masalah.Kenalkan mereka kepada Allah,zat yang kekal.Di situ punca kekuatan bagi manusia.

WANITA . . .
Akal setipis rambutnya.Tebalkan dengan ilmu.Hatinya separuh kaca.Kuatkanlah dengan iman.Perasaannya selembut sutera.Hiasilah dengan akhlak.Suburkanlah ia kerana dari situlah nanti mereka akan lihat nilaian & keadilan.


Ya Allah,
Bisikkanlah ke telinga mereka.
Bahawa kelembutan bukanlah suatu kelemahan.
Ia bukan diskriminasiMu.
Sebaliknya di situla kasih sayangMu.

Wanita yang lupa pada hakikat kejadiannya.
Pasti tidak terhibur & tidak menghiburkan .
Tanpa ilmu,iman & akhlak ,mereka tidak akan melurus bahkan akan membengkok.
Itulah akibatnya bila wanita tidak kenal akan Penciptanya.

Bila wanita derhaka,lelaki akan huru-hara.Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan tapi binalah kepimpinan.Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi,pimpinlah diri sendiri kepadaNya.Jinakkalah diri pada Allah nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu.

JANGANLAH MENGHARAPKAN ISTERI SEMULIA FATIMAH AZ-ZAHRA.
ANDAI PERIBADIMU TIDAK SEHEBAT SAIDINA ALI KARRAMMALLAHUWAJAHAH.

Monday, October 11, 2010

PeSaN c!nTa

C!NtA aDaLaH kEkuAtAn uNtuK mEmbEri
sEbaGaiMaNa Rasulullah pAda uSiran tH0if
sEbaGaiMaNa hAngAtnyA mEntaRi paDa sEtiaP pAgi
SeBaGaimAna beLai kAsiH bUnda pAda bUAh hAti
seBagaiManA peSan dIriKu
HidUpLah uNtuk mEmbEri sEbaNyak-baNyaknyA
bUkaN uNtuk MenErimA seBanyaK-bAnyAknyA...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...