Sunday, February 26, 2012

Kecantikan Dalaman Wanita

Assalamualaikumm w.b.t .
Tengah-2 malam macam ne aku nak share pasal petua untu kecantikan dalaman seorang wanita .
Wahhh , expert lahh sangat kann . haha


1 - Apabila mengambil jamu , jangan amalkan minum air kelapa kerana ia akan meneutralkan semula badan .

2 - Bagi wanita selepas bersalin , pengambilan jamu boleh dimulakan pada hari ke-7 selepas melahirkan anak sehingga habis tempoh pantang .

3 - Wanita yang bersalin secara pembedahan , digalakkan mengambil jamu selepas 2 - 4 minggu setelah luka pembedahan sembuh .

4 - Amalan berpilis bertujuan menghalang darah meroyan naik ke mata manakala bertungku @ berbengkung pula dapat merapatkan pintu rahim .


5 - Dalam tempoh 44 hari pantang , jangan bersama suami bagi mengelakkan kerosakkan faraj .

6 - Sekiranya mendapati diri hamil , elakkan mengambil jamu @ sebarang ubat-2-an yang lain .

7 - Apabila usia mencecah 40 tahun , kurangkan pengambilan makanan laut sebaliknya lebihkan ulam-2-an

8 - Bagi wanita , kurangkan pengambilan makanan @ minuman sejuk untuk mengekalkan kesihatan .

9 - Jangan amalkan makan bersulamkan air kerana ia boleh menyebabkan perut buncit .


Itu sahaja yang dapat dikongsi buat masa ni . Sekian .



Thursday, February 23, 2012

Paku Dulang Paku Serpih , Mengata Orang Dia Yang Lebih .

Assalamualaikum w.b.t .
Suasana petang ne agak panas , maybe sebab nak hujan kot .
So , berbalik pada tajuk entry hari ne , aku nak bercerita sikit pasal sikap kebanyakan orang-2 kita .
Depan-2 punya lahh baik , pijak kuman pun tak mati . nak mati camana kann , kuman tuh dah lahh kecil . huhu .
Kalau bab-2 mengata orang , dia lahh JUARA ! bak kata orang ' dasar mulut longkang ! ' . haha =p


tak kiralah yang tua atau muda , masih jugak nak mengumpat pasal orang lain . apa ingat diri tuh dah bagus sangat kahh ? masing-2 punya cara hidup tersendiri , biarkan lahh . yang korang nak sibuk mengatur hidup orang apa kes ? Cermin lah kehidupan sendiri dulu , betul kah tidak ?

cuaca panas entry pun panas jugak . bukan nak mengata siapa-2 tapi ne entry umum okee ! tak mentioned nama siapa-2 pun . hal ne berlaku di sekeliling kita , tiap hari dan masa . kalau tak percaya , perhatikan lahh . cuba tanya diri sendiri adakah kita sibuk jaga tepi kain orang sedangkan tepi kain sendiri pun koyak rabak , kita tak sedar . 

cuba lahh bersangka baik dengan orang lain . tak perlu berburuk sangka sedangkan kau sendiri tak tahu apa cerita / keadaaan yang sebenarnya , nak main lepas cakap jak . orang lain pun ada tahap kesabaran nya . jangan fikir apa yang keluar dari mulut bau busuk tuh tak mengguris perasaan orang . banyak cantikk . huhuhu

apa nak jadi ? usia dah semakin meningkat .solat tak pernah miss , tapi apa yang korang dapat ? mengumpat orang ? mengeji saudara mara ? kesalahan orang lain cepat mata korang nampak yahh . tapi kesalahan korang sendiri ada ambil tahu tak ? dasarrrr kannn . bawa-2  lahh bertaubat oiii . ingat Tuhan bila nak bercakap tuhh . jangan main sedap mulut jak , orang lain pun ada perasaan , okee !

Sekadar nak motivasi untuk muhasabah diri masing-2 . no offence ! peace no war ! =)

Wednesday, February 22, 2012

Wuduk Boleh Cantikkan Kulit Muka

Assalamualaikum w.b.t

Hii semua ! bertemu lagi kita dalam rancangan . ehhh , manada rancangan apa-apa kat sini . gurau jak lah . yang pompuan-pompuan tuh meh rapat-rapat dekat skrin . hehe . aku nak kongsi sesuatu ni . tapi kena buat dengan keikhlasan tau . bukan hanya untuk kepuasan diri okee . apa yang aku nak kongsi tuh adalah , yang sebenarnya , wuduk boleh membantu mencantikkan kulit muka . biasa nya kalau orang tanya , jawapan pakai cream lahh , pakai pencuci muka lahh , facial lahh and whatsoever lahh , kannn .




You know what , thats why kita digalakkan berselawat semasa membasuh muka ketika berwuduk . Selain tuh , wuduk jugak dijadikan sebagai Syifa' atau penawar kepada penyakit resdung . Cara nya masukkan masa masukkan air dalam hidung  , sedut sekali air tuh ke dalam hidung sampai rasa nyilu di kepala . alaaa , macam mandi di sungai then tersedut air dalam hidung . macam tuh lahh rasa nya . hehe .

Tapi yang paling penting , dengan berwuduk secara sempurna , maka dosa-dosa kecil kita sebelum solat akan terhapus .

Selamat mencuba girls ! 


Beza Suka , Cinta Dan Sayang

Saat kau MENYUKAI seseorang , kau
ingin memilikinya untuk keegoanmu
sendiri .

Saat kau MENYAYANGI seseorang , kau
ingin sekali membuatnya bahagia dan
bukan untuk dirimu sendiri .

Saat kau MENCINTAI seseorang , kau akan
melakukan apapun untuk kebahagiaannya
walaupun kau harus mengorbankan jiwamu .

Saat kau MENYUKAI seseorang dan berada
disisinya maka kau akan
bertanya , "Bolehkah aku menciummu ? "

Saat kau MENYAYANGI seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
bertanya , "Bolehkah aku memelukmu ? "

Saat kau MENCINTAI seseorang dan
berada disisinya maka kau akan
menggenggam erat tangannya .

SUKA adalah saat ia menangis , kau akan
berkata " Sudahlah, jgn menangis . "

SAYANG adalah saat ia menangis dan kau
akan menangis bersamanya .

CINTA adalah saat ia menangis dan kau
akan membiarkannya menangis dibahumu
sambil berkata , "Mari kita selesaikan
masalah ini bersama-sama . "

SUKA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata , "Ia sangat cantik/tampan
dan menawan . "

SAYANG adalah saat kau melihatnya kau
akan melihatnya dari hatimu dan bukan
matamu .

CINTA adalah saat kau melihatnya kau
akan berkata ,"Buatku dia adalah
anugerah terindah yang pernah Tuhan
berikan padaku ."

Pada saat orang yang kau SUKA
menyakitimu,maka kau akan marah dan
tak mau lagi bicara padanya .

Pada saat orang yang kau SAYANG
menyakitimu,engkau akan menangis
untuknya.

Pada saat orang yang kau CINTAI
menyakitimu,kau akan berkata , "Tak apa
dia hanya tak tau apa yang dia
lakukan . "

Pada saat kau suka padanya , kau akan
MEMAKSANYA untuk menyukaimu .

Pada saat kau sayang padanya, kau akan
MEMBIARKANNYA MEMILIH .

Pada saat kau cinta padanya, kau akan
selalu MENANTINYA dengan setia dan
tulus .

SUKA adalah kau akan menemaninya bila
itu menguntungkan .

SAYANG adalah kau akan menemaninya di
saat dia memerlukan .

CINTA adalah kau akan menemaninya tak
perduli bagaimana pun keadaanmu .

SUKA adalah hal yang menuntut .
SAYANG adalah hal memberi dan menerima . 
CINTA adalah hal yang memberi dengan rela .


p/s - Terimalah pasangan seadanya . Apa yang penting hati bukan rupa . Sekian

Tuesday, February 21, 2012

Hingga Hujung Nyawa


Assalamualaikum w.b.t

Malam-malam camni aku belum tido lagii . Tiba-tiba rasa nak update blog ku . Hehe . Tapi tak mau lahh taip panjang-panjang . Boleh kahh ? Actually , kurang bermaya sebab selsema . Huhu . So , buat entry kejap then rehat-rehat lahh . Khas untuk kamu semua , aku 'hidangkan' muzik video dari DEVOTEES ne . Mari sama-sama kita hayati & renungkan makna tersirat & tersurat dalam lagu ne . Mampukah kita pertahankan cinta & perkahwinan hingga saat kematian memisahkan ? .


~~ sila pause lagu blog before play video ne , okee ~~




p/s ~ rasa bahagia bila cintai dihargai :')


 

9 Perkara Isteri Akan Suka







Setiap isteri akan merasa bahagia apabila suami pandai mengambil & menjaga hati nya . Yahlah , suami dah buat apa yang isteri suka , of course lahh happy sangat . Tak gitu ?
Berikut adalah 9 perkara yang isteri akan suka jika suami lakukan nya :p


1 . Sayang & Mencintai Dia .
Seorang wanita tidak akan menolak cinta dan kasih sayang daripada suami nya sendiri . Siapa yang tolak confirm rugi ! haha . Malah , setiap hari isteri akan mendambakan kasih sayang dari sang suami . Tunjukkan kepadanya yang kamu sangat sayang & cinta pada dia .

2 . Memenuhi Kehendak Dia .
Wanita pasti mempunyai keinginan & kehendak . Kenal pasti dan cuba penuhi kehendaknya . Pasti si isteri akan bertambah menyayangi kamu . 

3 . Memuji Setiap Kali Dia Lakukan Perkara Baik .
Si isteri sangat suka sekiranya hasil penat lelah disukai oleh suami . So kamu haruslah memuji isteri bagi setiap usaha yang dilakukannya .

4 . Sentiasa Buat Dia Tertawa .
Bagi seorang isteri , suami lah tempat nya bermanja dan mencari hiburan . Hiburkan isteri dengan jenaka atau apa sahaja yang bisa buat dia tertawa apabila berada bersama kamu .

5 . Menolong Dia Melakukan Kerja Rumah .
Isteri akan merasa sangat gembira dan senang sekiranya suami membantu dia menguruskan kerja rumah tangga . Bahkan , isteri merasa diri nya sangat disayangi .

6 . Sentiasa Menemani Dia

Isteri biasanya berbangga dengan suami nya . Kalau boleh isteri ingin menunjukkan pada semua orang yang kamu telah berjaya mencuri hatinya . Suami perlu menemani ke mana saja isteri nya hendak pergi dan ini akan membuatkan isteri berasa selamat .

7 . Bersikap Jujur Dan Setia .

Jika kamu bersikap jujur pada isteri , dia akan 10 kali ganda jujur pada suami . Dia akan hormat pada kamu dan tidak akn menyembunyikan apa-apa dari kamu .

8 . Memberi Dia Hadiah .

Suami tidak perlu menunggu sehingga hari istimewa seperti hari jadi atau ulangtahun perkahwinan untuk memberi dia hadiah. Beri sahaja hadiah padanya setiap kali merasa hendak berbuat demikian pada dia. Dia akan rasa sangat bahagia setiap kali menerima hadiah dari kamu .

9 . Sentiasa Memberi Galakan .
Isteri akan rasa sangat bahagia setiap kali kamu beri galakan pada dia . Bagi dia , kamulah penyokong yang paling rapat dan kuat . Sentiasa beri galakan pada isteri kamu . Kalau boleh , pada setiap hari dan setiap masa .


 So , kepada para suami di luar tuh , berusaha lah demi kebahagiaan isteri & rumahtangga anda =)
 Sekian .


 




Monday, February 20, 2012

Melupakan Kisah Lama



Memberi maaf memang mudah tapi untuk melupakan apa yang orang buat pada kita seolah-olah tiada apa yang berlaku . itu agak mencabar . ' Mencabar ' ada perkataan yang positif untuk di dengar berbanding perkataan ' Susah ' yang lebih mendorong kita kepada pemikiran yang negatif . Sudah menjadi lumrah dan agak mencabar untuk melupakan perangai oorang yang menyakiti hati kita tapi jika kamu mahu berjaya , kamu mesti betul-betul berubah dengan melatih diri untuk melupakan kesalahan orang lain . Macam mana cara nya ? Ok . Di bawah ni aku share 3 cara nak melupakan kisah lama . Lets gone !

1 . Tutup kisah lama , buka kisah baru .
Yang dulu tuh dulu lahh , lupakan . Apa yang penting adalah sekarang dan masa depan . Anggap saja perangai orang yang menyakitkan hati kita tuh ' kisah lama ' sebab telah lama berlalu dan tak perlu diingat kembali . Kalau diingat selalu , tidak akan membawa kemajuan & perubahan pada diri sendiri . Jadikannya sebagai sejarah lama . let bygones be bygones .

2 . Anggap hari baru adalah cerita baru & tiada kaitan dengan kisah lalu .
Jangan kaitkan kisah lama dengan masa kini kerana ia akan menjejaskan kebahagiaan yang dirasakan pada hari ini , masa kini . Kalau mahu berjaya , harus kuat semangat & sentiasa ceria . Kita tak akan gembira bila mengingat kisah lama yang telah berlalu . Masa depan pula menjadi tidak berguna kalau asyik dikaitkan dengan kisah lama . Tiada kemajuan nama nya tuh  kerana setiapa kali kita mengingat kisah lama , sebenarnya minda sedang memerangkap kita . Oleh itu , kita kena menguasai minda & jangan biarkan minda menguasai melalui mainan emosi sendiri .

3 . Pendirian harus tetap , fikiran harus matang . 
Fikiran yang matang adalah fikiran yang dikuasai minda rasional , bukan dikuasai oleh emosi . Bila fikiran dikuasai emosi , maka segala tindak tanduk yang dilakukan juga berlandaskan emosi . Kesan nya kita sukar melupakan orang yang telah menyakiti hati kita walaupun kesalahan nya hanya sekecil kuman . Untuk berfikiran matang , kamu harus pandai kawal emosi . Kawal rasa marah , geram , sakit hati dll kerana dengan mengawal semua emosi itu , kita telah melatih diri untuk sentiasa berfikir secara rasional bukan emosional . 


SELAMAT MENCUBA !


Mencabar Bila Suami Isteri Berjauhan =(

motif sukasuki letak gambar laki bini =p


setelah setahun berumahtangga , aku rasa mencabar bila suami takda dekat aku . i mean dia kerap outstation lahh . lepas kahwin tuh memang tak biasa , sekarang lagi lah bertambah2 tak biasa [ tak suka sebenarnya ! ] . hehe . yahlah , kan tak suka berjauhan . kenapa ? tergugat ? taklah , kami tak tergugat sebab kami percaya antara satu sama lain . tapi tidak dinafikan perasaan gusar tuh ada gak . takut ada salah faham & fitnah . NAUZUBILLAH .

since dah jadi isteri orang ni , aku memang tak berapa nak suka keluar umah sorang2 . nak keluar pun tak tahu nak pergi mana . nak ke umah kawan , semua pun jauh . takkan nak jumpa kawan lelaki plak kan . gila kau alynn ! cari nahas nama nya tuh . haha . aku kalau keluar umah pun pergi beli barang keperluan , itupun kalau dah habis lahh . masa pergi beli barang tuh lah mencabar , bila terjumpa dia ni , dia tuh , kena jawab soalan ' kenapa tak ikut suami ? '  , ' kenapa dia tak bawak ? ' . HELLOO ! please lahh weii . ingat aku suka sangat kah berjauhan dengan suami aku . aku kat sini bersebab tauu . huhu .

itu baru part soalan2 yang merimaskan . lain plak dengan part2 mengorats . wkakakaka . statement , gelii tauu ! tapi aku memang rimas bila ada lelaki yang tak dikenali mengorat & bersiul panggil2 aku . bukan nak perasan or whatsoever . tapi aku ni ISTERI orang dah weiii . takkan aku nak cop kat dahi aku plak ' I'm A Wife ' . tapi kalau difikirkan balik , memang tak boleh nak salahkan lelaki2 tuh lah kann . Dia bukan tau pun ni dah kahwin , kena2 lagi body still macam anak dara . auwww . haha =p

dah banyak kali kena macam ni tapi buat tak tahu jak lah . tapi kalau aku dah explain yang ak dah kahwin and still nak mengorat lagi , apa hal weii ? jangan nak bebal sangat okee . nanti kena cepuk oleh suami aku , kan naya . APTB !


btw , inilah kisah rumahtangga ku . ihihihi =)

Sunday, February 19, 2012

Story Mory By Me : Dah Putus ...






Assalamualaikum

“aku dan dia dah putus…”

“kenapa?”
“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”
“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”

.

beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur !



p/s :  Semoga bermanfaat 
MANUSIA  BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain .
MANUSIA PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi  tak belajar dari pengalaman orang lain .
MANUSIA BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….

Cinta Itu Nikmat . AWAS !



Cinta itu suci . Namun kita sebagai remaja yang baru setahun jagung terjebak ke kancah percintaan yang memberi nikmat seketika tetapi ibarat duri dalam daging yang akhirnya memakan diri sendiri . Ya , memang benar cinta itu buta , tetapi hakikatnya kita yang buta dan tuli mengenal apa itu erti cinta . Natijahnya kini , cinta yang dicanang sebagai sesuatu yang suci dinodai dengan titik-titik hitam kemungkaran dan kerendahan maruah segelintir kita yang bersifat bodoh sombong mendefinisikan cinta sebagai sebuah ikatan yang menghalalkan yang haram .
Siapa yang harus dipersalahkan? Tepuk dada tanya Iman.
Sudah terang lagi bersuluh , lebih separuh daripada kita pernah terjerat dengan kenikmatan cinta itu sendiri . Tidak kiralah yang terpaksa , yang rela atau suka-suka . Tanya diri kita sendiri, adakah kita menghormati cinta suci itu atau perasaan cinta yang menjalar dalam segenap inci tubuh badan kita ini menjadikan lesen untuk kita merendahkan maruah kita sebagai umat Islam yang berpegang kepada agama yang suci. Remaja kini sudah tidak segan silu lagi melakukan perkara sumbang di hadapan khalayak ramai, dipaparkan dan dijadikan sorotan setiap hari.
Ternyata maruah kita seperti diperkotak-katikkan dengan kerakusan nafsu yang menjadi tuan dan raja sehingga kita diibaratkan seperti mengikut kehendak sendiri . Keghairahan kita mengejar nikmat cinta sebenarnya menongkah arus tujuan kita diberi nikmat untuk menjadi dewasa . Matangnya kita bukan bererti kita matang untuk mengawal nafsu yang semakin beraja memerintah akal fikiran yang waras . Buktinya , ramai antara kita yang semakin terdedah dengan gejala-gejala sosial . Maruah hilang entah ke mana , malu sudah tidak bertandang , takut kepada-Nya jauh sekali . Yang perempuan menggoda , yang lelaki tergoda .
Lemah sungguh kita sebagai manusia yang menjadi ciptaan Allah S.W.T yang paling mulia . Lebih parah pula apabila lelaki bersikap habis madu sepah dibuang . Yang perempuan pula bersikap pendek akal dengan cubaan membunuh diri . Padahal sikap mereka yang sebenarnya yang mendorong mereka menghancurkan hidup mereka sendiri . Hakikatnya kini , bercinta itu sudah menjadi satu "trend" dalam kehidupan kita . Kita lebih cenderung mengelaskan mereka yang kononnya yang tidak bercinta atau 'couple' itu kolot , ketinggalan zaman atau mungkin juga tidak laku . Hal ini menyebabkan kita berasa malu dan mula ketagih untuk bercinta . Realitinya , mereka yang berjaya mempertahankan perasaan mereka daripada dinodai 'cinta monyet' merupakan mereka yang teguh pendirian dan berhati mulia kerana tidak bertindak untuk dinodai cinta suci itu .
Apakah kita tidak malu berpeleseran dengan pasangan kita ? Ditayang-tayang , ditunjuk-tunjuk ibarat 'show case' lagaknya . Kononnya mereka sahaja yang mempunyai pasangan . Padahal , tindakan kita ini ibarat meletakkan muka dipunggung sendiri . Maruah pula jatuh tergolek-golek . Siapa yang suka apabila 24 jam asyik muka kita sahaja yang berkepit seperti suami isteri ke sana ke sini tanpa segan silu ? Hakikatnya , perasaan malu , mual , menyampah seperti menunjah-nunjah melihat perlakuan mereka yang sudah dibutakan dan ditulikan oleh nikmat cinta . Ibu bapa pula seperti sudah tidak mampu melarang keghairahan anak mereka daripada terus hanyut dalam dunia mereka sendiri . Yang peliknya , ibu bapa buat-buat pejam mata sahaja apabila anak-anak mereka pergi dan balik menaiki satu kenderaan yang sama dengan lelaki-lelaki yang entah siapa-siapa . Perbuatan kita ini bukan sahaja menodai cinta itu sendiri tetapi juga menconteng arang ke muka kedua-dua ibu bapa kita . Usah mencipta kenikmatan seketika , kelak bias meruntuhkan maruah sendiri .

Allah S.W.T telah menentukan jodoh kita sejak lahir lagi . Tidak perlulah kita berfikiran kolot dengan mengejar 'cinta monyet' yang bakal mengundang seribu satu masalah dan kedukaan yang tiada akhirnya. Tiada manusia yang mati andai cinta itu tidak hadir dalam hati . Jika kita memang benar-benar ingin merasai nikmat cinta palsu itu , letakkanlah nafsu dan Iman kita di atas neraca timbang . Pastinya nafsu lebih berat daripada Iman kita . Mahukah kita menggadaikan maruah kita yang tidak ternilai harganya ini hanya untuk menikmati perasaan ghairah bercinta yang bertindak hanya seketika ? Yang menanggungnya pastilah perempuan . Seronok dan nikmat sama dirasai , kenapa derita dipikul sendiri ? Lelaki juga harus bertanggungjawab kerana 'bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi' . Sebenarnya dua-dua bersalah , kenapa yang harus menanggung malu perempuan seorang . Jadilah anak jantan sejati 'berani buat, berani tanggung' bukannya mahu buat selepas itu lari tidak cukup tanah . Buat apa jadi lelaki kalau hanya sekadar lempar batu sembunyi tangan, lebih baik jadi lelaki lembut tetapi bertanggungjawab . Ini semua gara-gara cinta .
Cinta itu mengkhayalkan . Cinta itu membuat kita alpa tentang segalanya . Lupa dunia , lupa Akhirat . Begitulah cinta itu . Kadang-kadang cinta itu sesuatu yang nikmat tetapi awas . Disebabkan cinta , kita sebagai manusia hilang maruah diri dan pengangan agama entah ke mana . Yang menanggungnya kita . Bukan orang lain . Tidak salah bercinta andai kita mampu mengawal nafsu serakah daripada menjadi tuan dan juga tidak berkelakuan jelek di hadapan orang ramai . Bagi mereka yang belum merasa nikmat cinta itu , berbanggalah kerana anda mempunyai harga diri yang tinggi . Jaga diri jangan terlalu dibuai perasaan hingga tergadai maruah .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...