Sunday, February 19, 2012

Kahwin Awal ???

Assalamualaikum w.b.t .
Fuhhh , dah lama tak update blog ni .
Berhabuk dah macam rumah usang .
Hehe =)

So , entry kali ni aku nak share pasal pasangan2 yang nak kahwin awal ni . Macam aku lahh .
Sesetengah pihak berfikiran bahawa pasangan yang kahwin awal adalah disebabkan kes-kes terdesak , contohnya TERlanjur , TERmengandung & byklah TER-2 lainn . I'm not going to say that they are 'kolot' but  maybe mind set dorang dah macam tu kann . whatever laa . Actually , seharusnya mereka faham kenapa pasangan tu kahwin awal .  

Rasulullah s.a.w bersabda : 3 perkara yang jangan dilambat-lambatkan iaitu solat apabila telah masuk waktunya , jenazah apabila telah siap [ mandi & kafan ] dan anak gadis setelah ditemui [ pasangan ] yang sesuai untuknya . [ H.R Tirmidzi ] . 



 Kahwin awal bukanlah satu masalah . Mari kita lihat persoalan2 yang selalu menerjah di kepala anak2 muda yang fitrahnya terhalang atas sebab2 tertentu . Lets gone !

1 . Kahwin waktu masih study , adakah terganggu ?
Who says it will disturb the studies ? Its not okee . Actually , kahwin awal lebih memberi kita keyakinan & semangat yang kuat . why ? sebab dah ada orang yang halal , yang sentiasa akan menyokong kita so mestilah semangat nak study kann . then , biasa nya orang yang dah kahwin ni akan rasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin . why ? sebab mereka tahu ada pasangan untuk dijaga . contohnya , parents kita , sudah kahwin & bekerja tapi pekerjaan itu tidak terganggu kann . see what i meann =)

2 . Masih belajar , macam mana nak beri nafkah kat isteri ?
Ada sesetengah pelajar yang masih belajar dan sudah berkahwin mempunyai pinjaman PTPTN @ dapat biasiswa . Ini bermakna kedua-dua pasangan masih boleh hidup dengan wang asas itu . Sementara belum ada @ dapat kerja , suami boleh lah bagi kat isteeri RM50 @ RM100 sebulan . it depends on wifey , berapa banyak duit yang nak digunakan untuk makan . si isteri pun ada wang sendiri so tak ada apa2 masalah di situ . melainkan isteri tu demand macam2 . tak hiduplah jawabnya . Beri nafkah kepada isteri mengikut kemampuan . Well , Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin . So jangan nak jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan . Itu namanya menyalahkan takdir Allah s.w.t . berdosa tauuu !

3 . Modal untuk perkahwinan ?
Apa perkara asas perkahwinan ? Akad nikah & walimatul urus . Merisik & bertunang tak wajib punn . so tak payah nak bazirkan wang kat situ plak . Waktu akad nikah , jemputlah saudara mara & kawan2 terdekat . Berdosa bila tak hadir walimatul urus . Then tak perlu nak buat majlis sanding sebab sebenarnya sanding depan bukan mahram hukumnya adalah HARAM [ aku pun baru tau ni yah ] . Mas kahwin pun tak perlu nak tinggi sangat kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah . Mudah sahaja majlis perkahwinan dalam Islam , tak sampai RM10K punn . Plus , tidak digalakkan membazir .

4 . Tidak terlalu awalkah untuk berkahwin ?
Kalau rasa dengan berkahwin boleh buat semangat dalam agama & belajar semakin meningkat , kahwin lah . Kalau rasa dengan berkahwin boleh mengelakkan fitnah & zina , kahwin lah . Itulah maksudnya , kahwin di usia muda ni perlu . Benda baik jangan dilambatkan . Kan bagus kalau kita cepatkan benda baik dan berkahwin terus . Tapi kalau dengan melambatkan perkahwinan yang baik itu , mungkin kita kan terjerumus dalam lembah maksiat . Kenapa perlu beralasan untuk melakukan perkara yang halal , dan tidak langsung beralasan kepada perkara yang haram ? Tanya diri , jagalah iman .

5 . Bersediakah untuk berkahwin ?
Soalan ni kena tanya pada diri sendiri . Sudahkah aku solat 5 kali sehari semalam ? sudahkah aku bertanggungjawab ? panas baran kah @ penyabar ? banyak soalan spesifik yang boleh ditanyakan pada diri sendiri . Apa pun ia , perbaiki & mantapkan diri . Orang yang sudah kahwin & sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak mengamalkannya selepas berkahwin . Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah orang yang paling bersedia .

6 . Macam mana restu ibu bapa ?
Inilah benda yang susah bila nak kahwin awal . Faktor penghalang yang paling utama . InsyaAllah , tiada masalah untuk berkahwin awal apabila kita menjelaskan kepada ibu bapa dengan baik . Tapi terdapat segelintir ibu bapa yang masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu . Lebih2 lagi terpengaruh dengan drama2 & cerekarama di televisyen semata-mata , serta pemikiran risau tak cukup wang untuk sara hidup anak dara mereka , sudah tentu mereka tidak menerima pendapat yang dinyatakan seperti diatas . Apa2 pun aku doakan kepada mereka yang mahu berkahwin awal agar cepat bertemu jodoh . Ingat , bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah s.a.w , maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya . Lihat betapa banyak kelebihan sekiranya berkahwin awal . Fikiran yang sempit sahaja membuatkan perkahwinan itu kelihatan terlalu susah .

Rasulullah s.a.w bersabda : Siapa yang benci dengan cara hidup [ sunnah ] ku maka dia tidak termasuk golonganku . [ H.R. Bukhari & Muslim ]

Umar bin al-Khattab r.a berkata : Kahwinlah anak2 kamu apabila sampai baligh , janganlah kamu menanggung dosa2 mereka . [ disebut Ibnu Jauzi dlm Ahkam An-Nisa ]

p/s ~ kepada golongan2 yang tengah hangat bercinta , kahwinlah awal . Lebih banyak kelebihannya berbanding kahwin lambat . Tapi itu terserah kepada pilihan masing2 . Mudah2an setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik & dirahmati Allah s.w.t . InsyaAllah .

1 comment:

hairyeda said...

suka sama entri ni... buat sya lbh open minded :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...