Monday, February 20, 2012

Melupakan Kisah Lama



Memberi maaf memang mudah tapi untuk melupakan apa yang orang buat pada kita seolah-olah tiada apa yang berlaku . itu agak mencabar . ' Mencabar ' ada perkataan yang positif untuk di dengar berbanding perkataan ' Susah ' yang lebih mendorong kita kepada pemikiran yang negatif . Sudah menjadi lumrah dan agak mencabar untuk melupakan perangai oorang yang menyakiti hati kita tapi jika kamu mahu berjaya , kamu mesti betul-betul berubah dengan melatih diri untuk melupakan kesalahan orang lain . Macam mana cara nya ? Ok . Di bawah ni aku share 3 cara nak melupakan kisah lama . Lets gone !

1 . Tutup kisah lama , buka kisah baru .
Yang dulu tuh dulu lahh , lupakan . Apa yang penting adalah sekarang dan masa depan . Anggap saja perangai orang yang menyakitkan hati kita tuh ' kisah lama ' sebab telah lama berlalu dan tak perlu diingat kembali . Kalau diingat selalu , tidak akan membawa kemajuan & perubahan pada diri sendiri . Jadikannya sebagai sejarah lama . let bygones be bygones .

2 . Anggap hari baru adalah cerita baru & tiada kaitan dengan kisah lalu .
Jangan kaitkan kisah lama dengan masa kini kerana ia akan menjejaskan kebahagiaan yang dirasakan pada hari ini , masa kini . Kalau mahu berjaya , harus kuat semangat & sentiasa ceria . Kita tak akan gembira bila mengingat kisah lama yang telah berlalu . Masa depan pula menjadi tidak berguna kalau asyik dikaitkan dengan kisah lama . Tiada kemajuan nama nya tuh  kerana setiapa kali kita mengingat kisah lama , sebenarnya minda sedang memerangkap kita . Oleh itu , kita kena menguasai minda & jangan biarkan minda menguasai melalui mainan emosi sendiri .

3 . Pendirian harus tetap , fikiran harus matang . 
Fikiran yang matang adalah fikiran yang dikuasai minda rasional , bukan dikuasai oleh emosi . Bila fikiran dikuasai emosi , maka segala tindak tanduk yang dilakukan juga berlandaskan emosi . Kesan nya kita sukar melupakan orang yang telah menyakiti hati kita walaupun kesalahan nya hanya sekecil kuman . Untuk berfikiran matang , kamu harus pandai kawal emosi . Kawal rasa marah , geram , sakit hati dll kerana dengan mengawal semua emosi itu , kita telah melatih diri untuk sentiasa berfikir secara rasional bukan emosional . 


SELAMAT MENCUBA !


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...