Tuesday, February 21, 2012

9 Perkara Isteri Akan Suka







Setiap isteri akan merasa bahagia apabila suami pandai mengambil & menjaga hati nya . Yahlah , suami dah buat apa yang isteri suka , of course lahh happy sangat . Tak gitu ?
Berikut adalah 9 perkara yang isteri akan suka jika suami lakukan nya :p


1 . Sayang & Mencintai Dia .
Seorang wanita tidak akan menolak cinta dan kasih sayang daripada suami nya sendiri . Siapa yang tolak confirm rugi ! haha . Malah , setiap hari isteri akan mendambakan kasih sayang dari sang suami . Tunjukkan kepadanya yang kamu sangat sayang & cinta pada dia .

2 . Memenuhi Kehendak Dia .
Wanita pasti mempunyai keinginan & kehendak . Kenal pasti dan cuba penuhi kehendaknya . Pasti si isteri akan bertambah menyayangi kamu . 

3 . Memuji Setiap Kali Dia Lakukan Perkara Baik .
Si isteri sangat suka sekiranya hasil penat lelah disukai oleh suami . So kamu haruslah memuji isteri bagi setiap usaha yang dilakukannya .

4 . Sentiasa Buat Dia Tertawa .
Bagi seorang isteri , suami lah tempat nya bermanja dan mencari hiburan . Hiburkan isteri dengan jenaka atau apa sahaja yang bisa buat dia tertawa apabila berada bersama kamu .

5 . Menolong Dia Melakukan Kerja Rumah .
Isteri akan merasa sangat gembira dan senang sekiranya suami membantu dia menguruskan kerja rumah tangga . Bahkan , isteri merasa diri nya sangat disayangi .

6 . Sentiasa Menemani Dia

Isteri biasanya berbangga dengan suami nya . Kalau boleh isteri ingin menunjukkan pada semua orang yang kamu telah berjaya mencuri hatinya . Suami perlu menemani ke mana saja isteri nya hendak pergi dan ini akan membuatkan isteri berasa selamat .

7 . Bersikap Jujur Dan Setia .

Jika kamu bersikap jujur pada isteri , dia akan 10 kali ganda jujur pada suami . Dia akan hormat pada kamu dan tidak akn menyembunyikan apa-apa dari kamu .

8 . Memberi Dia Hadiah .

Suami tidak perlu menunggu sehingga hari istimewa seperti hari jadi atau ulangtahun perkahwinan untuk memberi dia hadiah. Beri sahaja hadiah padanya setiap kali merasa hendak berbuat demikian pada dia. Dia akan rasa sangat bahagia setiap kali menerima hadiah dari kamu .

9 . Sentiasa Memberi Galakan .
Isteri akan rasa sangat bahagia setiap kali kamu beri galakan pada dia . Bagi dia , kamulah penyokong yang paling rapat dan kuat . Sentiasa beri galakan pada isteri kamu . Kalau boleh , pada setiap hari dan setiap masa .


 So , kepada para suami di luar tuh , berusaha lah demi kebahagiaan isteri & rumahtangga anda =)
 Sekian .


 




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...