Wednesday, May 9, 2012

~ Hari Ibu @ Mother's Day ~



Ustaz, apakah hukum menyambut hari ibu?

- Ustaz Azhar Idrus ( Original ) : Hari ibu ialah hari mother church atau ibu gereja kristian . siapa yg nak sambut silakan . siapa yg rasa takut rosak akidahnya sebab raikan hari besar kristian ini ... jgn sambut !

Betul ke hari ibu haram di sambut?

- Ustaz Azhar Idrus ( Original ) : begitulah kata setengah ulama . Nabi saw ajar kita mengingati ibu sepanjang masa .

- Ustaz Azhar Idrus ( Original ) : sebaiknya ikut cara islam iaitu sepanjang hari ingat kepada ibu yg byk jasanya kpd kita , bukan setahun sekali .

- Ustaz Azhar Idrus ( Original ) : hari ibu dan hari bapa ialah hari perayaan bukan Islam . kenapa kita mesti nak sambut juga ? kenapa orang barat tak sambut awal muharram atau maulidur Rasul ?

- Ustaz Azhar Idrus ( Original ) :
Maksud sabda nabi s.a.w :
Kalian akan mengikuti adat tradisi umat sebelum kamu sejangkal demi sejengkal . Sehasta demi sehasta , sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak (pun) kamu akan mengikutinya juga .
Para sahabat nabi bertanya :
Wahai Rasulullah , apakah mereka itu orang-orang yahudi dan Nasrani ?
Jawab baginda Rasulullah : Kalau bukan mereka , siapa lagi ?
(Hadis riwayat Abu Said al Khudri )


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Inilah penjajahan yang tidak kita sedar dan akhirnya menjadi budaya untuk kita . kata kita, oh tiada apa-2 . cuma untuk menghargai kasih sayang ibu sahaja , tiada apa salahnya , yang penting niat dan nawaitu kita . tapi kasih sayang ibu tak perlu dipilih harinya untuk dihargai .  hari-hari pun hari untuk sayang ibu . titipkan doa buat ibu di setiap kali sujudmu . dan why not , jadikan hari ibu lahirkan kita tu sebagai hari ibu .
**UPDATED**


Di atas hanyalah perkongsian yang bukan rekaan saya . Saya ni ilmu sangatlah cetek , sedang belajar tentang banyak hal . Jika anda punya pendapat oleh tokoh agama yang lain , terpulanglah. Lagi bagus kalau dapat dikongsi bersama .

"Jika dapat dibuang segala maksud dan niat yang tidak baik serta unsur yang bercanggah dengan syariat Islam maka diharuskan dan sewajarnya tidak dinamakan perayaan Hari Ibu tetapi cukup semata-mata disebut Hari Ibu atau sambutan Hari Ibu. - Majalah Anis , Bil 177

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...